Search

Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) meraikan ulang tah...

  • Share this:

Kulim (Malaysia) Berhad (Kulim) meraikan ulang tahun ke-88 dengan melancarkan pelan transformasi lima tahun untuk menjadi peneraju agribisnes.

Sebagai sebahagian daripada rancangan tersebut, Kulim mensasarkan untuk memperkukuhkan perniagaan terasnyanya, mewujudkan pertumbuhan baru, meningkatkan kecemerlangan operasi di seluruh Kumpulannya, dan membuat persediaan untuk Tawaran Awam Awal (IPO) pada tahun 2024.

Kulim Malaysia Berhad turut merasmikan logo dan video korporat baru sebagai sebahagian daripada usaha penjenamaan semula untuk menggambarkan Kulim yang lebih kukuh dan menonjol sebagai sebahagian daripada Korporat Malaysia.

Atas dasar tanggungjawab sosial, Kulim menjalankan kempen #kulim88 dan #kulimpeduli bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Kempen #kulim88 berakhir pada 29 Ogos sementara #kulimpeduli bermula bulan ini hingga akhir Disember.

Kempen ini bertujuan untuk membantu 1,500 penerima di Malaysia. Kedua-dua inisiatif ini dikolaborasikan dengan pelbagai pertubuhan iaitu Yayasan Jcorp, MyFundAction, dan agensi strategik lokal Johor yang lain.

#KulimCelebrates
#MakeADifference
#ForYou
#KulimBerhad


Tags:

About author
not provided
WELCOME TO MY PAGE! I share anything about TRAVEL, FOOD, FASHION AND LIFESTYLE! #HotelHunting #ReefTravels #JejakaBerhias For inquiries & advertorial, email to [email protected] .
View all posts